Want your
own Fotopage?














 
:: ayus de tomoyo ::
~ Senyuman menawan hati

p/s: mata besar la cantik

By: Mohd Firdaus Mohd Rasidi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Sep-2007 08:57 Email | Share | | Bookmark
Susunan Lampu Putih


Susunan Lampu Putih


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 6
Aperture F/7.1
ISO Auto

Label: Bangunan, cahaya
Lokasi: Ruang Depan Bangunan HEP, UTM, Skudai, Johor
Masa Original: Sunday, July 22, 2007, 2:27:08 AM
Keterangan: Lampu-lampu yang tersusun rapi di ruangan hadapan bangunan HEP amat mengujakan. Sayang sekali keindahan sebegini tidak dikecapi sepenuhnya oleh orang ramai. Apa tidaknya, dari solat maghrib membawa ke solat Isya', dan sehinggalah lampu masjid dipadamkan, tak sampai 10 orang yang lalu di kawasan tersebut.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

all the best...
Selamat berpuasa
Fri 14-Sep-2007 10:17
Posted by:mknace  - [Link]
waaaa..dh mcm lampu dr UFO! Tue 18-Sep-2007 20:27
Posted by:j o e z a k a r i a  - [Link]
Bangunan HEP? Tu tempat jatuh lagi dikenang. Tak sangka lampu-lampunya apabila dikreatifkan tampak begitu bertenaga dan cantik. Sat 15-Dec-2007 08:29
Posted by:Khairusy ksyakirin@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 9-Sep-2007 03:10 Email | Share | | Bookmark
Sekuntum di Balai Cerap


Sekuntum di Balai Cerap


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/250
Aperture F/2.8
ISO Auto

Label: Landscape, Bangunan, Balai Cerap
Lokasi: Balai Cerap, UTM, Skudai, Johor
Masa Original: Saturday, August 18, 2007, 6:05:28 PM
Keterangan: Sekuntum bunga di kaki bukit balai cerap UTM Skudai.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

ayus sungguh passion dalam setiap kerjanya.. Fri 14-Sep-2007 03:44
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
i like this photo so much. u focus kat bunga tu sharp sangat Mon 17-Sep-2007 14:56
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 6-Sep-2007 08:42 Email | Share | | Bookmark
Balai Cerap


Balai Cerap


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/500
Aperture F/2.8
ISO Auto

Label: Landscape, Bangunan, Balai Cerap
Lokasi: Balai Cerap, UTM Skudai, Johor
Masa Original: Saturday, August 18, 2007, 6:06:20 PM
Keterangan: Mengintai bangunan balai cerap dari bawah bukit. Kononnya nak buat operasi cegah maksiat, sudahnya takde orang atas tu. Rupa-rupanya student semua bercuti. Cisss!!!...

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

asal la UTM tak nak cat balik balai cerap nie.. Mon 10-Sep-2007 07:50
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 3-Sep-2007 02:50 Email | Share | | Bookmark
Pokok Berhantu


Pokok Berhantu


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/8
Aperture F/2.8
ISO Auto

Label: Landscape, pokok, hantu, funny
Lokasi: R&R ke utara
Masa Original: Saturday, July 21, 2007, 10:56:52 PM
Keterangan: Pokok seperti ini banyak didapati di Kuala Lumpur terutama di kawasan taman-taman. Pokok-pokok yang disuluh menggunakan spotlight berwarna. Kalau nak nampak lebih seram, photographer kena lebih kreatif la. Gambar ni aku main snap jer. Sepatutnya kesan cahaya lampu putih dan oren di belakang pokok tidak perlu dimasukkan sekali, sebab kantoi la nanti. Nape tak crop? Ntah.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

idea yang sungguh kreatif..kadang kala sesuatu yang biasa akan menjadi luarbiasa jika disentuh dengan kretiviti.. Mon 3-Sep-2007 07:07
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 30-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
R&R


R & R


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 6
Aperture F/7.1
ISO Auto

Label: rehat dan rawat, lampu, cahaya
Lokasi: R & R Ke Utara
Masa Original: Sunday, July 22, 2007, 2:27:08 AM
Keterangan: Dalam perjalanan menghantar adik aku ke UUM Sintok. Gambar ini di ambil ketika singgah di salah satu R&R semasa dalam perjalanan. Mungkin kerana terlalu letih, atau terlalu malas sehingga terlupa nak ambil tahu di mana tempat perhentian tersebut.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

cantik suasana..kalau lah ayus memegang dslr kompem2 hasil semakin ganeh.. Thu 30-Aug-2007 03:02
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
senyuman menawan hati??
tidakkkk ... sebenarnya senyuman mencairkan hati ...
Thu 30-Aug-2007 13:18
Posted by:korok  - [Link]
Ni macam R&R Gurun, Kedah je.. Tue 22-Apr-2008 12:43
Posted by:ecah sitiaisayhecah@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 29-Aug-2007 05:26 Email | Share | | Bookmark
Borink Entry



Entry kali ni saje je aku masukkan gambar yang ni. Nampak menarik pulak gambar ni. Isteri aku berteduh di bawah pohon rimbun ketika panas terik. Oleh kerana nak meng'over'kan lagi cerita dalam gambar tu, aku cuba2 la tambahkan lagi panas mentari tu. hahaha... walaupun tak menjadi, tapi sekilas pandang, nampaklah jugak panas tu dah ter'over' sikit...

Sekadar nak berkongsi idea. Gambar asal, kesan cahaya takde la melampau macam yang kat atas tu. Sebenarnya kalau nak buat gambar terik mentari seperti ini, terlalu banyak caranya. Lagi2 bila menggunakan software, bukan sekadar gambar macam ni jer, malah macam2 benda boleh dibuat. Cuma nak buat macam-macam, aku tak berapa pandai la. Masih belajar. Beginner lagi. Untuk gambar yang ini, aku cuba terangkan secara ringkas, sekadar memberi gambaran kasar aje la yerk! Tak retilah pulak nak cerita satu-satu. Maaf, kalau tak lengkap.

Langkah-langkahnya:

1. Mainkan kaler pada gambar. Biasanya mainkan level, curve dan colour balance. Main2lah sampai gambar naik seri warnanya. Tapi jangan sampai over, nanti jadi tak berseri pulak

2. Buat layer baru (transparent). Pada layer baru tu, buat garis2 putih. Buatlah ikut jalur cahaya matahari yg ada dlm gambar tu. Pakai Pencil boleh, Shape boleh, brush pun boleh. Mana yang rasa best. Buat banyak2 sikit pun takpe. Jadikan garis2 cahaya putih tu macam cahaya yang mencapah ke tanah. Ketebalan garis putih tu, ikut selera sendiri.

3. Pada layer garis2 putih tu, blurkanlah layer tersebut. Pada gambar ni, aku guna Filter > Blur > Gaussian Blur. Gunalah radius besar sikit. Dalam 70 ke. Pastu tekan OK.

4. Padamkan sikit2 pada layer putih yang diblurkan tadi. Padam ikut jalur2 yang kita kehendaki. Jangan padam sampai hilang jalur tu. Padam guna pemadam, size brush kecik2 je. Dalam 10 - 20, kecikkan opacity. Padam sehingga nampak kesan jalur seperti cahaya matahari yang tengah panas terik.

Settle. Kalau nak tambah apa2, letaklah atas gambar tu. Nak tambah Filter > Render > Lens Flare ke, menarik jugak.

cerita macam mudah.. tapi aku nak siapkan gambar ni pun, makan masa 1,2 hari jugak.. haha.. sebab aku bukan expert, lagipun ni bukan bidang aku, sentuh pun jarang. keje aku sendiri bertimbun, tak sempat nak godek2 ni. tapi,.... sekadar nak senyumkan isteri dan memeriahkan hobi. hehe..

Selamat godek2..

nice tutorial..tp kalau dapat execally setting lagi bagus..baru hasil org yang belajar sama ngan hasil yang kita buat..apa2 pun konsep sharing ilmu ini adalah sangat sihat untuk memartabatkan bangsa sendiri kerana adalah telalu sedikit tutorial nak buat editing dalam bahasa melayu.. Thu 30-Aug-2007 01:25
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
sifoo, ni sekadar perkongsian idea. belum terniat nak buat tutorial. Kalau nak buat tutorial, banyak nak kena print+screen, nak edit dsb. Keterbatasan masa.

Perkongsian idea ni pun menarik jugak. Mereka bleh study sendiri dan setting yang digunakan lebih bebas.
Thu 30-Aug-2007 02:42
Posted by:ayus mfirdaus@nursyuhada.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 21-Aug-2007 02:49 Email | Share | | Bookmark
Mengimbau Kenangan #1


Mengimbau Kenangan #1


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/125
Aperture F/7.1
ISO Auto

Label: UTM, Balai Cerap, Bukit, kenangan
Lokasi: Balai Cerap, UTM Skudai
Masa Original: Saturday, August 18, 2007, 5:59:26 PM
Keterangan: Isteri aku di Balai Cerap, UTM Skudai. Ahad lepas pergi UTM, singgah saje-saje. Nampaknya dia sedang mencari sudut tempat yang menarik untuk diambil gambar. Bagi aku, tak kira di mana pun sudut itu, isteri akulah yang paling cantik dan menarik. hehe..

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

Wah UTM dihatiku..dah lama tak aku tak naik kat atas nie..thanks kepada ayus kerana mengembalikan nostalgia UTM kepada aku..tp aku lagi suka title yang kuat ditonjolkan dalam gambaq nie sangat berkaitan antara model dgn background.. Wed 22-Aug-2007 02:53
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
secara kebetulan, nama you hampir serupa dengan nama anak perempuan saya, Nur Elliana Syuhada ( http://ellie92.fotopages.com ) ... cantik gambar2 you kat sini palign saya suka gambar shot di kampung yang nampak kebiruan langit serta kehijauan suasana kampung .. sungguh nostalgik sekali .. rindu pada kampung halaman Thu 23-Aug-2007 12:57
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
haaa.....memang cantik........
tah la......sejak pegang kamera neh...x kira la kamera dslr ke atau kamera fone...
sume objek je tengok nampak menarik....kekadang sampai kena tegur....."eh Putera! nape ko dok amik gambar
seliper jamban tu? Nak bok masuk dalam internet ke?...ish...ish...ish..."

Baru neh g mik gambar kenduri kahwin pun kena tegur gak. " Ni nak ambil gambar pengantin ke nak ambil gambar cicak?"
...hmmmm......diam je....nak kata pe lagi....ehehe
Sat 25-Aug-2007 17:55
Posted by:P U T E R A  - [Link]
Add comment


Thursday, 16-Aug-2007 02:33 Email | Share | | Bookmark
Lorong Sunyi #1


Lorong Sunyi #1


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/250
Aperture F/7.1
ISO Auto

Label: Lorong, Kampung, village, landscape
Lokasi: Lorong Kampung di Jeli, Kelantan
Masa Original: Monday, June 11, 2007, 1:24:50 PM
Keterangan: Gambar ini diambil berdekatan dengan tempat basuh kereta, sekadar beberapa tapak berjalan. Kedai basuh kereta tersebut terletak dihadapan MRSM, Bukit Bunga. Masa tengahari macam ni, memang sunyi sepi.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

Nie kalau ayus shoot hori lagi banyak benda kita bleh tengok.. Nasib baik le ayus tak dak wide lens. Kompem-kompem mesti lagi banyak yang bleh diceritakan..

nie kalau golek2 kat atas jalan raya pun ok gak..pastu buat aksi berguling-guling mcm tenggiling..
Wed 22-Aug-2007 03:03
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
hanya muslin je pandai wat guling-guling tenggiling cam sin chan tu...kan?? Fri 24-Aug-2007 05:09
Posted by:syuhada  - [Link]
betul tuhs..selain dari membuat aksi bergulin-gulin macam tengilin muslin juga boleh berkata "Wah! Hebatnya Kamu!" dengan spontan Tue 28-Aug-2007 02:32
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 8-Aug-2007 03:26 Email | Share | | Bookmark
Kemunculan di Pagi Hari

 

Kemunculan di Pagi Hari


Canon Digital IXUS 750
Kit Lens
Speed 1/2000
Aperture F/7.1
ISO Auto

Label: Sunrise, Matahari Naik, Jeti Marang
Lokasi: Rumah Tumpangan, Jeti Marang, Terengganu
Masa Original: Saturday, June 02, 2007, 7:52:20 AM
Keterangan: Objek seperti bumbung dan penghadang lautan sepatutnya tak di ambil. Disebabkan tidak dapat keluar dari bilik, perkara tersebut sukar untuk dielakkan.

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

cun gile boat tuhs gerak..tak nampak tuhs..adakah kerana boat tuhs terlampau laju? Mon 13-Aug-2007 03:05
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
Subhanallah... nice shoot... Wed 15-Aug-2007 10:56
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
Add comment


Sunday, 8-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Keterangan Ubahsuai Entry #1219951

 
Keterangan Ubahsuai Entry #1219951



Senarai layer untuk membuat pengubahsuaian yang 'simple' terhadap gambar anda menggunakan Photoshop.

1. Layer aku dan wife - Ini gambar aku dengan wife aku ( http://www.nursyuhada.com ). Dapatkan gambar anda sendiri atau gambar sesiapa yang ingin anda ubahsuai.

2. Layer bulan - Dapatkan gambar bulan dengan membuat carian di internet. Kemudian, bulan tersebut hendaklah diputihkan terlebih dahulu. Ini bertujuan agar bulan tersebut kelihatan sedang bercahaya.

3. Layer cahaya bulan - layer ni untuk memberi effect kepada bulan, agar sekeliling bulan itu nampak sedikit bercahaya. Cari warna yang sesuai dan gunakan Tools > Gradient Tool > Radial Gradient. Atau anda juga boleh membuat effect cahaya menggunakan cara anda sendiri.

4. Layer awan sunrise - Awan ini bertujuan untuk menambahkan lagi seri kepada gambar yang akan diubahsuai. Gambar 'sunrise' boleh didapati dengan anda mengambil sendiri menggunakan kamera anda, atau cari sahaja di internet.

kebanyakan gambar-gambar yang diambil di internet, tidak sesuai untuk dibuat printing. Jadi, sekiranya mampu, dapatkan gambar dari kamera anda sendiri. Jika sukar untuk mendapatkan gambar bulan, boleh juga bulan tersebut anda gantikan dengan objek yang lain. Untuk awan, adalah baik diambil sendiri menggunakan kamera.


Buatlah pengubahsuaian mengikut selera anda sendiri. Selamat mencuba. Nak nengok isteri aku pulak edit camner? klik sini ... hehee..

I Love Nur Syuhada
http://www.nursyuhada.com

Kudos ayus! Nice tutorial..Lepas nie lebih ramai budak melayu bleh blajar ngan ko.. Tue 10-Jul-2007 05:09
Posted by:muslin mohd.muslin@gmail.com  - [Link]
ayus...hang dah ada kamera dah? bile angkat?
hmmm...ape2 pun smart and kreatif gambar mu tu...

selamat 'foto-ying' with ur new camera...
Mon 16-Jul-2007 06:27
Posted by:sarel cyrexzumn@yahoo.com  - [Link]
waahh... creatif la.... Sun 22-Jul-2007 10:09
Posted by:The Moments of Truth  - [Link]
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.